SINOPSIS
Shaz Darwina
mempunyai segala-galanya. Keluarga yang menyayangi, cantik, bijak dan sangat
berbudi bahasa. Siapa yang tak kenal Wina. Sebut sahaja namanya, satu sekolah
kenal anak seorang usahawan yang terkenal dengan sifat rendah dirinya. Dia terjatuh cinta dengan seorang pelajar
lelaki di sekolahnya. Ariff. Hanya dia yang mampu menjadi raja dalam hati Wina.
Hanya Ariff!
Wan Mohd Adib seorang
playboy comel yang menjadi kegilaan
remaja dan wanita. Setiap mata yang memandang pasti terpukau dengan
kemachoannya tidak kira dari segi pemakaian mahupun dari cara bercakap dan
jalannya yang begitu stailis. Namun kerana terlampau manja, dia sering kali
meresahkan hati orang tuanya. Dato’ Wan Hussin Wan indera dan Datin Sharifah
Azimah.
Ariff Hakeem merupakan
cinta hati Wina. Ariff seorang yang sangat pemurah dan baik hati. Tutur katanya
yang lembut dan bersahaja begitu memukau Wina. Bagi Wina, tiada yang sehebat
Ariff dan cinta mereka di restui kedua-dua orang tua mereka.
“Wina, walaupun siapa diri awak, Adib sangat menyayangi
Wina, sampai bila-bila bahkan sampai hujung nyawa Adib. Wina wanita pertama
yang membuka pintu hati Adib dan ‘taekwando’ kan Adib erti cinta yang sebenar”
– Adib
“Cinta tak semestinya memiliki, Sekalipun memiliki belum
tentu menjadi hak mutlak kita “ – Wina
“Maafkan abang, Wina. Andai masa boleh diputar kembali,
abang pasti tebus segala dosa abang pada Wina. Wina yang terindah dalam hidup
abang. – Ariff
“Bisakah CINTA menyatukan mereka dan mengapa CINTA memisahkan
mereka”
#siri pertama akan diupload mengikut ke"rajinan" penulis..
No comments:
Post a Comment